Sabah – Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU)

Hospital Beaufort (HBEAUFORT)Hospital BeluranHospital Duchess Of Kent (HDOK)Hospital Keningau (HKGU)Hospital Kinabatangan (HKBTGN)Hospital Kota Belud (HKOTABELUD)Hospital Kota Marudu (HKM)Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU)Hospital KudatHospital Kunak (HKNK)Hospital Lahad Datu (HLDU)Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP)Hospital Papar (HPAPAR)Hospital Pitas (HPITAS)Hospital Queen Elizabeth (QEH)Hospital Queen Elizabeth II (HQE2)Hospital Ranau (HRANAU)Hospital Semporna (HSPN)Hospital Sipitang (HSIPITANG)Hospital Tambunan (HTBN)Hospital Tawau (HTWU)Hospital Tenom (HTENOM)Hospital Tuaran (HTUARAN)Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)

Sabah – Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU)

Hospital Kuala Penyu
W.D.T. 35
Kuala Penyu, Sabah
89740 Kuala Penyu
Sabah  
Tel: 087-853100
Fax: 087-884212
http://hspkpyu.moh.gov.my
Jumlah Katil: 48

Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

Hospital Kuala Penyu mula dibina pada 03hb Julai 2001 di kawasan seluas 30.19 ekar yang melibatkan kos pembinaan bernilai RM76 juta. Ia merupakan salah satu projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-7. Ia siap dibina pada 30hb Mei 2005 dan mula beroperasi pada 28 Februari 2006

Hospital Kuala Penyu sebenarnya mampu memuatkan sebanyak 72 katil, namun pada masa kini hanya 48 katil disediakan. Dilengkapi dengan peralatan hospital yang terkini. Kompleks hospital terdiri dari :

– Kompleks Perubatan
– Bangunan Kuarters (44 Unit)
– Asrama Jururawat (21 Unit)
– Gelanggang Sukan
– Helipad
– Tempat letak kenderaan

Selain itu, untuk memberi keselesaan kepada orang ramai, kemudahan awam turut disediakan di Hospital Kuala Penyu seperti:

– Bank Pertanian (Agro Bank)
– Mesin ATM (Agro Bank dan Bank Rakyat)
– Surau
– Taman Terapeutik
– Kantin
– Telefon Awam

Senarai-senarai perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Penyu untuk orang awam adalah seperti berikut:

– Bahagian Klinikal
– Unit Kecemasan
– Jabatan Pesakit Luar
– Dewan Bersalin
– Wad Lelaki
– Wad Perempuan
– Wad Kanak-kanak
– Dewan Bedah
– Unit Geriatrik
– Unit Paliatif
– Unit Hemodialisis

Bahagian Sokongan Klinikal
– Unit Farmasi
– Unit Kejururawatan
– Unit Patologi dan Tabung Darah
– Unit Pengimejan Diagnostik (X-Ray)
– Unit Bekalan Steril
– Unit Kawalan Infeksi
– Unit Rekod Perubatan
– Unit Rehabilitasi
– Unit Kerja Sosial Perubatan
Unit Sajian

Bahagian Pengurusan
– Unit Perkhidmatan
– Unit Kualiti
– Unit Akaun dan Hasil
– Unit Kejuruteraan
– Unit Pusat Sumber
– Unit Teknologi Maklumat

Visi
Menjadi sebuah Hospital yang unggul dengan perkhidmatan berkualiti, cekap dan profesional di Kuala Penyu

Misi
– Meningkatkan kepakaran dan kemahiran dalam perawatan kesihatan dengan penuh ihsan
– Mengutamakan kepuasan dan kehendak pelanggan serta memberi perkhidmatan yang mesra dan cekap kepada keperluan pesakit dengan semangat kerja berpasukan

Objektif
Untuk memberi perkhidmatan kesihatan secara ‘holistic’ serta mengutamakan pelanggan untuk mengekalkan taraf kehidupan yang sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *