Sabah – Hospital Tambunan (HTBN)

Hospital Beaufort (HBEAUFORT)Hospital BeluranHospital Duchess Of Kent (HDOK)Hospital Keningau (HKGU)Hospital Kinabatangan (HKBTGN)Hospital Kota Belud (HKOTABELUD)Hospital Kota Marudu (HKM)Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU)Hospital KudatHospital Kunak (HKNK)Hospital Lahad Datu (HLDU)Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP)Hospital Papar (HPAPAR)Hospital Pitas (HPITAS)Hospital Queen Elizabeth (QEH)Hospital Queen Elizabeth II (HQE2)Hospital Ranau (HRANAU)Hospital Semporna (HSPN)Hospital Sipitang (HSIPITANG)Hospital Tambunan (HTBN)Hospital Tawau (HTWU)Hospital Tenom (HTENOM)Hospital Tuaran (HTUARAN)Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)

Sabah – Hospital Tambunan (HTBN)

Hospital Tambunan
Peti Surat 10
Tambunan, Sabah
89657 Tambunan
Sabah  
Tel: 087-774333
Fax: 087-774102
http://htbn.moh.gov.my
Jumlah Katil: 49

Pengenalan

SEJARAH HOSPITAL TAMBUNAN

DISPENSARI LUAR BANDAR LAMA TAMBUNAN ( TAHUN 1946 – TAHUN 1977 )

Dispensari Luar Bandar Tambunan asalnya didirikan selepas Perang Duania Ke-II dalam tahun 1946. Bangunan ini mempunyai wad-wad dispensari dan Jabatan Pesakit Luar.Wad-Wad tersebut mempunyai 24 Katil. Ada sebuah bangunan yang berasingan untuk perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dan perkhidmatan-perkhidmatan perubatan yang lain seperti Pencegahan Malaria, Pencegahan Tibi.

Pada ketika itu tiada Pegawai Perubatan ditugaskan  di Dispensari ini dan hanya dikendalikan oleh Pembantu-Pembantu hospital dan anggota perubatan lain. Kesemua kes-kes yang memerlukan rawatan doktor dihantar atau dirujuk  ke Hospital Daerah Keningau ataupun Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

HOSPITAL DAERAH BARU
Hospital Tambunan terletak lebih kurang 2KM dari Pekan Tambunan dan telah siap pada tahun 1977. Hospital Tambunan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Lee Siok Yew, Menteri Kesihatan Malaysia pada tanggal 19hb September 1977.

Jumlah keluasan tanah yang dimiliki adalah seluas 20.5 ekar. Daripada jumlah tersebut 55% daripadanya telah dibangunkan manakala 45% lagi adalah kawasan lapang dan digunakan sebagai padang bola sepak.

Kos pembinaan blok-blok hospital ini serta rumah kediaman untuk kakitangan adalah sebanyak 1.9 juta.

Katil rasmi yang terdapat di hospital ini ialah sebanyak 49 buah Katil.

Visi,Misi dan Objektif

VISI
Menjadikan Hospital Tambunan Sebagai Sebuah Pusat Perawatan Yang Berkualiti Dan Cemerlang.

MISI
Memberi Kepuasan Pelanggan Yang Menyeluruh Melalui Perkhidmatan Yang Cemerlang, Berkualiti, Beretika Secara Cekap Dan Profesional Untuk Memenuhi Kehendak Dan Ekspektasi Pelanggan.

OBJEKTIF
Mempertingkatkan Kualiti Pengurusan Pesakit Melalui Perkhidmatan Diagnostik, Rawatan, Penjagaan Bermutu Tinggi Dan Pemulihan Awal Yang Berkesan Serta Berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *