Sabah – Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP)

Hospital Beaufort (HBEAUFORT)Hospital BeluranHospital Duchess Of Kent (HDOK)Hospital Keningau (HKGU)Hospital Kinabatangan (HKBTGN)Hospital Kota Belud (HKOTABELUD)Hospital Kota Marudu (HKM)Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU)Hospital KudatHospital Kunak (HKNK)Hospital Lahad Datu (HLDU)Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP)Hospital Papar (HPAPAR)Hospital Pitas (HPITAS)Hospital Queen Elizabeth (QEH)Hospital Queen Elizabeth II (HQE2)Hospital Ranau (HRANAU)Hospital Semporna (HSPN)Hospital Sipitang (HSIPITANG)Hospital Tambunan (HTBN)Hospital Tawau (HTWU)Hospital Tenom (HTENOM)Hospital Tuaran (HTUARAN)Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)

Sabah – Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP)

Hospital Mesra Bukit Padang
Peti Surat 11342
Kota Kinabalu, Sabah
88815 Kota Kinabalu
Sabah  
Tel: 088-240984
Fax: 088-244703
http://hmbp.moh.gov.my
Jumlah Katil: 302

Pengenalan & Sejarah

Pembinaan Hospital Mesra Bukit Padang telah dirancang pada tahun 60-an dan lengkap dibina pada Mei 1971. Pesakit pertama yang dipindahkan ke hospital ini adalah pesakit psikiatri dari wad pemerhatian di Hospital Queen Elazabeth, Kota Kinabalu. Manakala pesakit psikiatri dari Hospital Buli Sim Sim, Sandakan (Hospital Psikiatri yang terulung) dipindahkan ke hospital ini mulai 06 Jun, 1981.

Hospital Mesra Bukit Padang satu-satunya hospital sakit jiwa di Sabah dan dikategorikan sebagai hospital pakar yang khusus menjalanakan perawatan psikiatri dengan jumlah katil sebanyak 302 buah. Disamping ini juga diwartakan sebagai Pusat Detoksifikasi Penagih Dadah pada 16 Jun, 1983. Selain itu, di hosptial ini juga menempatkan pesakit dari Hospital Queen Elizabeth di “Medical Extension”.

HMBP telah melalui banyak proses kemajuan dari segi infrastruktur , dasar dan halatuju perawatan psikiatri mengikut perkembangan semasa di bawah 8 orang pengarahnya.

Kini, dengan slogan “Perawatan Psikiatri ke arah Pendekatan Holistik” , HMBP telah berjaya mencipta nama sebagai institusi psikiatri yang pertama di Malaysia dianugerahkan dengan kedua-dua sijil MS ISO 9001:2000 dan Akreditasi. Pada 29 November 2005 pula, warga HMBP merasa bangga apabila HMBP dianugerahkan dengan “Anugerah Kualiti Ketua Menteri” sempena sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri Sabah. Kini hospital ini merupakan hospital rujukan bagi semua kes-kes psikiatri seluruh sabah bagi 19 buah hospital dan semua Klinik Kesihatan.

Hospital Mesra Bukit Padang terletak 6 kilometer dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Ia meliputi kawasan seluas 114.65 ekar dan kawasan yang telah dibangunkan adalah seluas 40 ekar

VISI HOSPITAL
Pusat kecermelangan dalam memberi Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental yang komprenhensif dan berkualiti.

MISI HOSPITAL

Merealisasikan dan berusaha bersama-sama dengan:-

Memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti dan selamat:-
>Cekap
>Tidak membebankan
>Disesuaikan dengan persekitaran
>Inovatif
>Mengutamakan pencapaian
>Latihan modal insan yang berterusan

Berteraskan nilai-nilai:-
>Intergriti
>Berdedikasi
>Dinamik
>Sedia membantu
>Akauntibiliti
>Kredibiliti

Menekankan sifat-sifat:-
>MESRA Pelanggan
>Penyayang, Profesionalisma dan Kerja Berpasukan
>Sifat hormat menghormati sesama insan
>Penglibatan masyarakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *