Sabah – Hospital Tawau (HTWU)

Hospital Beaufort (HBEAUFORT)Hospital BeluranHospital Duchess Of Kent (HDOK)Hospital Keningau (HKGU)Hospital Kinabatangan (HKBTGN)Hospital Kota Belud (HKOTABELUD)Hospital Kota Marudu (HKM)Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU)Hospital KudatHospital Kunak (HKNK)Hospital Lahad Datu (HLDU)Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP)Hospital Papar (HPAPAR)Hospital Pitas (HPITAS)Hospital Queen Elizabeth (QEH)Hospital Queen Elizabeth II (HQE2)Hospital Ranau (HRANAU)Hospital Semporna (HSPN)Hospital Sipitang (HSIPITANG)Hospital Tambunan (HTBN)Hospital Tawau (HTWU)Hospital Tenom (HTENOM)Hospital Tuaran (HTUARAN)Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)

Sabah – Hospital Tawau (HTWU)

Hospital Tawau
Peti Surat 80
Tawau, Sabah
91007 Tawau
Sabah  
Tel: 089-773533
Fax: 089-778626
http://htwu.moh.gov.my
Jumlah Katil: 401

Pengenalan
Hospital Tawau merupakan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kedudukannya terletak tidak lebih 1km dari pusat bandar Tawau, Sabah dan berkeluasan 16.84 ekar. Terdiri daripada Bangunan Wad Lama, Bangunan Poliklinik, dan Bangunan Wad Baru. Hospital Tawau merupakan pusat rujukan Hospital sebelah Pantai Timur Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Sandakan.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN RINGKAS HOSPITAL TAWAU

Hospital  Tawau telah mula beroperasi diawal tahun 1922 sebagai sebuah hospital kecil, dikenali sebagai Hospital Silimpompon dengan berstrukturkan dinding daripada kayu dan daun kajang, iaitu sejenis daun palma.

Hospital Silimpopon Tahun 1922

Bermula di awal tahun 1940an, Cottage Hospital Tawau telah mula beroperasi sebagai hospital yang kecil di pesisiran pantai Bandar Tawau. Ketika itu hanya terdapat Unit Pesakit Luar, Wad Kelas Dua, Wad Pengasingan dan Dapur sahaja.

Cottage Hospital Tahun 1940an

Bagi menampung pertambahan penduduk dan keperluan bagi perawatan , Klinik Pakar telah dibina pada tahun 1990an dan telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Chua Jui Ming, Menteri Kesihatan Malaysia pada masa itu. Bangunan Poliklinik ini menempatkan Klinik-klinik Pakar , Pejabat Pengurusan, Tabung Darah, Unit  Rekod  Perubatan, Farmasi, Klinik Pergigian dan juga Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Perasmian Bangunan Poliklinik Tahun 1995

Tahun 2002 menyaksikan perkembangan Hospital Tawau dengan projek bangunan baru 6-3 tingkat terdiri daripada wad-wad, Dewan Bedah, Rawatan Rapid an Kadiologi, CSSU, Pusat Latihan dan Perpustakaan. Bangunan ini secara berperingkat mula beroperasi pada awal Julai 2007.

Bangunan 6 Tingkat pada Tahun 2006

Pada Tahun 2005, Hospital Tawau telah Berjaya melaksanakan projek Hospital Dalam Taman di mana setiap unit  telah diberikan taman angkat untuk dibangunkan menjadi taman terapeutik. Program ini telah mengubah pesekitaran hospital menjadi lebih menarik dan ianya member keselesaan kepada pesakit dan keluarga untuk berehat dan melakukan aktiviti refleksologi di taman-taman yang disediakan.

Objektif, Visi dan Misi

Objektif:
“Memberikan perkhidmatan dan rawatan yang cekap serta berkesan dengan kemudahan yang sedia ada.”

Visi:
“Setiap pelanggan Hospital Tawau sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan ke arah pembentukan masyarakat yang sihat”

Misi:
“Merealisasikan Visi hospital melalui pelbagai jenis perkhidmatan perubatan yang berorientasikan pesakit dan warga hospital yang mengamalkan budaya kerja berpasukan penyayang dan profesionalisme.”

Strategi:
-Menyediakan perkhidmatan yang berorientasikan pesakit dan warga hospital yang mengamalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisma.
-Mempastikan rawatan/perkhidmtan yang diberikan mengikut piawai/garis-panduan sedia ada.
-Memastikan kakitangan yang terlatikh dan berkemahiran untuk melaksanakan perkhidmatan yang sedia ada secara cekap dan profesionalisma
-Menjalankan pendidikan berterusan kepada semua kakitangan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan semasa dan terkini.
-Mempertingkatkan penggunaan kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga yang sedia ada secara optima.
-Menyediakan kemudahan dan penyelenggaraan insfrastruktur bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan piawai/kualiti yang ditetapkan.
-Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, selesa dan selamat mengikut peraturan am keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
-Mengenalpasti peruntukan dan penyediaan sumber yang diperlukan adalah mencukupi dengan perancangan yang sistematik dan teratur.
-Mempertingkatkan kesedaran awam mengenai penjaan kesihatan melalui pendidikan kesihatan, kempen dan forum.
-Mengambil tindakan ke atas aduan yangditerima bagi mempertingkatkan kredibiliti hospital mengikut kemampuan sedia ada.
-Memastikan keperluan pelanggan dikenalpastim difahami dan dipenuhi mengikut kemampuan hospital dan peraturan yang sedia ada.
-Sentiasa berusaha untuk melaksanakan proses penambahbaikan secara berterusan bagi mempertingkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan penyampaian perkhidmatan rawatan pesakit.
-Menjalankan pemantauan kualiti berterusan ke atas setiap perkhimatan yang diberikan mengikut garis-panduan atau piawai yang sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *