Hospital Ampang (HAMPG) • Hospital Banting • Hospital Kajang (HKJG) • Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) • Hospital Orang Asli Gombak • Hospital Selayang (HSELAYANG) • Hospital Serdang (HSERDANG) • Hospital Sungai Buloh (HSGBULOH) • Hospital Tanjung Karang (HTGKARANG) • Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) • Pusat Kawalan Kusta Negara
Selangor – Hospital Kajang (HKJG)
Hospital Kajang
Jalan Semenyih
Kajang, Selangor
43000 Kajang
Selangor
Tel: 03-89133333
Fax: 03-87367527
http://hkjg.moh.gov.my
Jumlah Katil: 306
SEJARAH
Hospital Kajang terletak di sebelah timur Bandar Kajang di dalam Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. Menurut catatan sejarah, ia dibina pada tahun 1889 di atas tanah seluas 16 ekar, kira-kira 30km di tenggara Kuala Lumpur.
Hospital ini telah berkembang maju selaras dengan pembangunan daerah Hulu Langat dari 250 katil pada tahun 1970an kepada 306 katil pada masa kini. Dari segi struktur bangunan, hospital ini telah menerima bangunan tambahan peringkat demi peringkat. Dalam tahun 1910, pembinaan bangunan wad yang masih kekal sehingga kini., bangunan wad setinggi 4 tingkat pada tahun 1976.. Bangunan lain adalah blok Sajian Makanan (1983), Rumah Mayat (1985), blok Patologi (1992). Bangunan tambahan lain adalah melalui Projek Pembangunan Semula Fasa 2, Hospital Kajang telah dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia berjumlah RM14.1 juta dan telah siap pada tahun 1999. Ianya terdiri dari Wad Bersalin Kelas 1 & 2 (22 katil), Unit Rawatan Khas Bayi (20 katil), Dewan Bedah (3 bilik), Unit Rawatan Rapi (6 Katil), Wad Kanak-Kanak (25 katil) dan blok Rehabilitasi.
Dan pada tahun 2009 Hospital Kajang telah menerima bangunan tambahan baru iaitu blok Pengimejan dan Diagnostik baru, Klinik Psikiatri dan Wad Psikiatri.
VISI
Untuk menjadikan Hospital Kajang sebagai sebuah pusat rawatan perubatan pesakit yang cemerlang.
MISI
Untuk menyediakam perkhidmatan yang cekap dan berkualiti melalui amalan budaya penyayang, profesionalisma, kerja berpasukan, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan.
OBJEKTIF
* Menyediakan Rawatan Perubatan Pakar yang berkualiti,cekap dan memenuhi Keperluan Pelanggan.
* Memastikan perkhidmatan rawatan mengikut piawaian yang diterima pakai.
* Mempertingkatkan kemahiran profesionalisma melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
* Mewujudkan sistem pemantauan yang berterusan bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan.
* Menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan yang selesa ,selamat dan sejahtera untuk pelanggan dan warga kerja.